tengahari tadi, waktu rehat makan, aku jalan kaki dari dataran merdeka ke dayabumi, kemudian ke central market (cm).
antara dayabumi dengan cm, ada jejantas. selepas jejantas, ada laluan. penuh dengan sampah. sebut aje, plastik, kertas, metal and whatnot. dan antara sampah sarap, ada beberapa lelaki sedang baring, tidur. Tidur yang nyenyak.
lama aku perati.
aku jadi kesian. sorang tu, macam usia adik lelaki aku. tiga yang lain, sedikit berusia. sigh. aku tertanya-tanya, siapa mereka ini, siapa mak pak dia?
tapi... makin lama aku fikir, aku jadi kesian pulak dengan diri aku sendiri.
iya, mungkin mereka susah nak dapat makan, mengisi perut yang kosong. tetapi... mungkin itu saja kerunsingan mereka; lapar.
walhal runsing aku? 4 juta jenih perkara!
jadi, melihatkan 4 brader yang tenang tidur nyenyak di bawah terik mentari sambil ditemani timbunan sampah sarap, aku bersyukur untuk segala yang Tuhan bagi pada aku hari ini, yakni, oksigen, minyak kereta, top-up kad touch n go, jalan tak jem, nescafe tarik, nasi kandar mamak dan iya, candy crush yang kawan aku suggest dalam facebook.
itu baru setengah hari.
phoew! punyalah dah-syat rezki Tuhan bagi!
alhamdulillah.