13.2.13

elitis kelumpo

okay, mamat khalid mungkin seorang pembikin filem yang menyintai sejarah, bangsa, budaya dan negara seperti tulisan hassan muthalib baru-baru ini. 

dan okay, filem-filem mamat khalid mungkin merupakan medium beliau mengkritik persekitaran yang didiaminya. 

dan okay, mamat khalid mungkin seorang jinius seperti yang selalu diakuinya, walau secara berseloroh, dan digelor wali oleh sahabat-handai sanak saudara sekalian alam kerana kejiniusan yang mereka pandang itu, juga secara berseloroh,

tetapi...

ianya langsung tidak mengubah persepsi aku terhadap filemnya yang sedang ditayangkan, yakni iaitu, usin, mon dan jin toncit.

: tak best langsung!

jadi, aku bertanya terus-terang dengan dia, "macam mana respons so far? banyak positif atau negatif?" dia pun jawab.

aku terima, kerana aku faham. betul lah, pusing kiri kanan atas bawah, semua pun cakap benda yang sama. *walaupun aku heran 4 ratus kali.

aku tanya lagi, "u 'tengok' tak filem tu macam mana? takkan tak nampak?"

opss, salah aku. apa kelanc nya aku suruh dia jawab?

silap.

jadi, aku terus-terang.

dia macam tak kisah. tapi mungkin juga hatinya terluka. namun, dia juga harus sedar yang hati aku turut sama terluka. kerana aku sesekali tidak menyangka, the mamat khalid yang aku kenal, membuat filem sebegitu rupa.

iya, iya, mungkin filem itu sungguh lawak ya amat sangat. mungkin korang semua gelak. gelak guling-guling sampai terkeluor bertih jagung dan mungkin ada juga yang terkencing dalam seluor. iya, seronok sangat. tak salah, tiada siapa kata salah. iyalah, mungkin aku yang tengin, tak faham...

tak kisahlah. 

namun (dan) pandangan aku tentang filem itu, tetap sama. aku harap mamat khalid faham. okay, mungkin bukan social obligation or apa benda shit (dia tak suka orang mencarut) seperti yang aku katakan kepada dia buat aku cakap begitu, tetapi lebih kepada rasa kecewa yang aku sendiri tak faham kenapa. 

m sorry. but it sucks. sangat.

tak kisahlah *kali kedua.


yang penting, aku pegang janji dia, "rock ooo best ya amat!" *tengah silang jari saya ni bang.

5 comments:

smbotak said...

"tak best langsung" tu komen yang jujur? jika ya, aku akan bayangkan filem-filem adam sandler kalau satu hari nanti aku terpaksa menonton filem jin toncet ni.

*sampai maaf aku juga kepada abang mamat...

makcik tempe said...

jin toncet yang tak masuk akal : )

Unsunghero said...

Salam...betul dan setuju (walaupun belum tengok (HMDJPT), sebab tengok di sebalik tabir pun tak terasa teruja macam tengok rock, zombie kampung pisang atau hantu kak limak balik rumah dulu. mungkin abg mamat khalid perlu buat filem luar drp kerangka filem-filem dan lawak-lawak hantu kak limah terdahulu seketika untuk mengembalikan 'sentuhan'nya...

p/s:...penggemar filem mamat khalid

perempuan said...

tontonlah dulu, sebab persepsi kita berbeza-beza :)

Unsunghero said...

InsyaAllah :)